Saturday, September 12, 2009

Ihya Ramadhan






IHYA RAMADHAN @KOLEJ TUN RAZAK

salam muhibbah dan salam perpaduan,

alhamdulillah ,pada 12 september 2009 (sabtu) telah berlangsungnya program Ihya Ramadhan di Kolej Tun Razak anjuran Jawatan Kuasa Mahasiswa KTR dengan kerjasama PKK UTM dan Juga Kelab Star KTR. Maljis bermula pada petang lagi iaitu sesudah solat Asar dengan majlis Khatam Al-quran. kemudian dikuti dengan berbuka puasa dengan buah kurma, solat maghrib seterusnya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

ini diikuti dengan Solat Ishak dan juga terawih.kemudian selepas itu, diadakan sedikit ceramah oleh penceramah yang telah diundang khas oleh Kelab Surau Tun Razak (STAR).Alhamdulillah, program tersebut berjalan lancar dengan jayanya. maklum balas dan juga kehadiran warga warga KTR juga amat memuaskan.

Insyaallah, dengan adanya program sebegini, ianya dapat menambahkan pahala kita dibulan ramadhan dan juga dapat mengeratkan silaturrahim

syabas diucapkan kepada pengarah program, ajk- ajk dan semua yang terlibat dalam menjayakan IHYA RAMADHAN 2009

No comments:

Post a Comment