Wednesday, September 23, 2009

Pemantapan Kepimpinan KTR


Pemantapan Kepimpinan KTR telah berlangsung pada 14 Ogos 2009 hingga 16 Ogos 2009 di Jasin, Melaka. Seramai 40 orang mahasiswa yang terpilih untuk mengikuti Program Pemantapan Kepimpinan KTR. Peserta-peserta dipilih di kalangan JKM, rakan exco, dan ahli-ahli kelab. Program ini merupakan suatu medium kepada para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat sekaligus dapat melahirkan perasaan sebagai satu keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti walk night, rempuh halangan, dan sebagainya.

Clubs Night 2009

Club Nite 2009 telah berlangsung pada 19 Julai 2009 di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tahun pertama tentang kelab-kelab yang ditubuhkan di Kolej Tun Razak. Antara kelab yang dipamerkan dalam program Clubs Night 2009 ialah House of Multi Expertise (HOME), Kelab Badminton Tun Razak (KBTR), Kelab Surau Tun Razak (STAR), Kelab Usahawan, Senimas, Kelab Silat Cekak Malaysia (KSCM), Tun Razak Network (TR NET), Tun Razak EXPLORATION (TREXX). Tidak ketinggalan juga booth SUKAM KTR dan booth JKM. Di samping dapat menyertai kelab yang diingini, mahasiswa yang aktif di dalam kelab masing-masing juga mempunyai peluang untuk mendapat kuota pengetua. Sepanjang Clubs Night 2009 berlangsung, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan meriah terutamanya di kalangan mahasiswa baru. Setiap kelab juga mempunyai peningkatan keahlian baru bagi meneruskan warisan kelab masing-masing.


Saturday, September 12, 2009

Ihya Ramadhan






IHYA RAMADHAN @KOLEJ TUN RAZAK

salam muhibbah dan salam perpaduan,

alhamdulillah ,pada 12 september 2009 (sabtu) telah berlangsungnya program Ihya Ramadhan di Kolej Tun Razak anjuran Jawatan Kuasa Mahasiswa KTR dengan kerjasama PKK UTM dan Juga Kelab Star KTR. Maljis bermula pada petang lagi iaitu sesudah solat Asar dengan majlis Khatam Al-quran. kemudian dikuti dengan berbuka puasa dengan buah kurma, solat maghrib seterusnya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

ini diikuti dengan Solat Ishak dan juga terawih.kemudian selepas itu, diadakan sedikit ceramah oleh penceramah yang telah diundang khas oleh Kelab Surau Tun Razak (STAR).Alhamdulillah, program tersebut berjalan lancar dengan jayanya. maklum balas dan juga kehadiran warga warga KTR juga amat memuaskan.

Insyaallah, dengan adanya program sebegini, ianya dapat menambahkan pahala kita dibulan ramadhan dan juga dapat mengeratkan silaturrahim

syabas diucapkan kepada pengarah program, ajk- ajk dan semua yang terlibat dalam menjayakan IHYA RAMADHAN 2009

FIGURA 09

nantikan FIGURA 09 (Fiesta Gegar Tun Razak)!!!!

antara aktivit menarik menanti anda adalah

1. program derma darah dan kempen pencegahan h1n1
2. online game (tr net)
3.Pesta Sukan Merentasi zaman
4.FInal Speed
5.Malam bintang Akustika
6.Amazing U race
7.Kursus Pengurusan Jenazah
8.Wayanng Perdana

Anjuran Jawatan Kuasa Mahasiswa KTR kerjasama Kelab -Kelab KTR dan Majlis Ketua Blok

Wednesday, September 2, 2009

Pada 7 Mac 2009 telah berlangsungnya malam anugerah Tun Razak ( MATR 09). Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama beberapa minggu akhirnya MATR dapat jua dilaksanakan dengan lancar.

Malam Anugerah Tun Razak merupakan satu malam penghargaan kepada warga Kolej Tun Razak yang banyak menabur bakti dan berjasa kepada kolej. Majlis pad malam itu dirasmikan oleh Adun Nusajaya.

Insyallah, diharapkan Malam Anugerah Tun Razak ini dapat diteruskan dengan adanya