Wednesday, September 23, 2009

Clubs Night 2009

Club Nite 2009 telah berlangsung pada 19 Julai 2009 di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tahun pertama tentang kelab-kelab yang ditubuhkan di Kolej Tun Razak. Antara kelab yang dipamerkan dalam program Clubs Night 2009 ialah House of Multi Expertise (HOME), Kelab Badminton Tun Razak (KBTR), Kelab Surau Tun Razak (STAR), Kelab Usahawan, Senimas, Kelab Silat Cekak Malaysia (KSCM), Tun Razak Network (TR NET), Tun Razak EXPLORATION (TREXX). Tidak ketinggalan juga booth SUKAM KTR dan booth JKM. Di samping dapat menyertai kelab yang diingini, mahasiswa yang aktif di dalam kelab masing-masing juga mempunyai peluang untuk mendapat kuota pengetua. Sepanjang Clubs Night 2009 berlangsung, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan meriah terutamanya di kalangan mahasiswa baru. Setiap kelab juga mempunyai peningkatan keahlian baru bagi meneruskan warisan kelab masing-masing.


No comments:

Post a Comment